Thursday, September 18, 2008

Ebook Koleksi Pinjaman kewangan @ Rancangan Perniagaan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Kemudahan pinjaman perniagaan yang disediakan di Malaysia terbuka kepada pelbagai cabang perniagaan merangkumi perniagaan penternakkan,pertanian,dobi,butik, dan lain- lain lagi.

Terdapat pelbagai Institusi kewangan yang menawarkan pinjaman kepada peniaga-peniaga IKS bagi membesarkan dan memajukan perniagaan mereka. Antaranya ialah SME bank,Agrobank,MARA,Yayasan Tekun,PUNB dan lain-lain lagi.

Tapi tahukah anda prosedur permohonan bagi membuat pinjaman dengan institusi-institusi tersebut? Kebanyakkan daripada peniaga IKS gagal dalam permohonan mereka bukan kerana perniagaan mereka tidak berpotensi untuk dimajukan, tetapi 90% adalah kegagalan mereka menyediakan kertas kerja yang bersesuaian dan megikut kehendak dan prosedur institusi kewangan tersebut.

Kos membuat kertas kerja yang tinggi juga membuatkan kita membantutkan niat kita untuk membuat pinjaman. Keadaan ini memang tidak dinafikan kerana kebiasaannya perunding dan firma profesional memberi caj 2% daripada jumlah pinjaman, sebagai contoh jika anda ingin membuat pinjaman RM200,000, maka cajnya adalah RM2000.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:

1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

5. Rancangan perniagaan juga merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk mengawal kegiatan perniagaan. Ini dapat membantu usahawan membandingkan pencapaian sebenar dengan apa yang telah dirancang sebelum ini. Ramai usahawan berasa ragu atau enggan menyediakan rancangan perniagaan kerana beranggapan ianya satu kerja rumit dan remeh, dan beranggapan perniagaan atau projek boleh terus dijalankan tanpa perlu didokumenkan. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk merujuk semula rancangan perniagaan yang ditulis secara teratur (walaupun ringkas) berbanding ‘perancangan’ yang bergantung kepada daya ingatan semata-mata.

Ebook kali ini adalah satu-satunya Ebook yang menawarkan perkhidmatan kolesi Pembentangan kertas kerja terbaik yang mampu memikat hati Institusi yang akan memberikan anda Pinjaman kewangan. dapatkan ia sekarang di :

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

2 comments:

ABU HAZMY HELMI said...

Saudara ingin berkongsi koleksi RP saya di sini: http://abuhazmy.blogspot.com

MekonG said...

see my site more about this..
http://mekongpeace.blogspot.com